Khidmat profesional hasilkan gambar eksklusif
Update on July 28th, 2008 by FuadOleh Hidayah Mohammad
Myphotographer Malaysia
SELEPAS seminggu berkahwin, pasti anda teruja dan tidak sabar melihat lebih jelas gambar hari bersejarah Raja Sehari berlangsung. Lazimnya, rata-rata pengantin mahukan gambar yang dimuat dalam album pengantin adalah terbaik.
Jangan terkejut jika gambar tidak memuaskan tatkala menerima album gambar perkahwinan yang siap dicetak. Mungkin kerana anda silap memilih jurugambar yang tidak berkebolehan dan profesional.
Galeri fotografi terkenal, Myphotographer Malaysia di bawah naungan Mahakarya Studio menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan yang komited dan profesional. Malah, Myphotographer juga menawar dan menghasilkan pelbagai rekaan album gambar untuk majlis pertunangan, pernikahan dan juga perkahwinan terbaru, kreatif lagi menarik mengikut cita rasa pelanggan. Pengarah Urusannya, Ahmad Fairus Mohammed Noor, berkata Myphotographer yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang meminati seni fotografi.
“Produk utama yang ditawarkan di Myphotographer ialah album gambar perkahwinan berbagai jenis, saiz dan material dan khidmat fotografi perkahwinan yang lebih kreatif.
“Myphotographer mempunyai lebih 10 juru gambar terlatih yang diajar teknik dan kemahiran untuk menghasilkan gambar jenis ‘candid’ atau spontan dan artistik dalam majlis perkahwinan. Untuk menjadi jurugambar profesional di bawah naungan Myphotographer, semua jurugambar saya menjalani banyak proses pembelajaran dan ujian ketat,” katanya ketika ditemui di galeri fotografi perkahwinan Myphotographer miliknya di Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.
Myphotographer antara sembilan ahli dalam Click Couture Wedding Professional Malaysia. Berdiri teguh sebagai galeri fotografi terkenal, Myphotographer mempunyai konsep fotografi tersendiri yang lebih memandang kepada seni fotografi, kreatif, kontemporari dan artistik. Sehubungan itu, jenama berkenaan turut mendapat undangan menjalankan penggambaran di luar negara.
Ahmad Fairus berkata, untuk majlis perkahwinan, beliau berpendapat peranan jurugambar dalam majlis perkahwinan tidak boleh dipandang sebelah mata. Pengantin seharusnya berfikiran terbuka dengan menggunakan khidmat jurugambar sepenuh masa kerana itu adalah komitmen mereka dan boleh dipercayai.
Rata-rata mereka yang sudah ‘lebih makan garam’ menasihatkan bakal pengantin supaya mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan profesional seawal enam bulan sebelum majlis berlangsung.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan kepuasan gambar perkahwinan dan kepercayaan terhadap jurugambar, anda perlu meneliti hasil kerja mereka menerusi galeri fotografi profesional yang ada.
Panduan memilih jurugambar perkahwinan
1. Cari juru gambar perkahwinan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis berlangsung.
2. Lakukan pencarian menerusi laman web, majalah perkahwinan.
3. Pergi sendiri ke galeri fotografi untuk mendapat lebih kepercayaan dengan melihat contoh.
4. Elak daripada memilih jurugambar separuh masa kerana kemungkinan mereka tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap perkahwinan mempelai.
5. Dapatkan khidmat rundingan daripada jurugambar profesional sepenuh masa, berpengalaman dan boleh dipercayai.
6. Hayati hasil kualiti dan kreativiti kerja jurugambar berkenaan sebelum memutuskan untuk memilih mereka.
7. Tempah seawal mungkin dengan mendahulukan wang deposit supaya dapat menggunakan jurugambar yang disukai.
8. Pilih konsep gambar dan album yang dikehendaki supaya jurugambar dapat memahami kehendak pelanggan.
INFO: Myphotographer Malaysia
- Naungan Mahakarya Studio
- Alamat: 64A, Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23, Shah Alam.
- Telefon: 03-55495564
- Laman web: www.myphotographer.com.my
- Kos penggambaran perkahwinan - RM750 dan ke atas.
petikan dari berita harian online http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Ratu/20080725082020/Article/






