Khidmat profesional hasilkan gambar eksklusif
Update on July 28th, 2008 by FuadOleh Hidayah Mohammad
Myphotographer Malaysia
SELEPAS seminggu berkahwin, pasti anda teruja dan tidak sabar melihat lebih jelas gambar hari bersejarah Raja Sehari berlangsung. Lazimnya, rata-rata pengantin mahukan gambar yang dimuat dalam album pengantin adalah terbaik.
Jangan terkejut jika gambar tidak memuaskan tatkala menerima album gambar perkahwinan yang siap dicetak. Mungkin kerana anda silap memilih jurugambar yang tidak berkebolehan dan profesional.
Galeri fotografi terkenal, Myphotographer Malaysia di bawah naungan Mahakarya Studio menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan yang komited dan profesional. Malah, Myphotographer juga menawar dan menghasilkan pelbagai rekaan album gambar untuk majlis pertunangan, pernikahan dan juga perkahwinan terbaru, kreatif lagi menarik mengikut cita rasa pelanggan. Pengarah Urusannya, Ahmad Fairus Mohammed Noor, berkata Myphotographer yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang meminati seni fotografi.






